Rujukan Lengkap Exam Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41/A29

Posted by Hariz on Friday, September 22, 2017

Panduan dan rujukan yang paling lengkap untuk exam pegawai trafik kawalan udara gred A41 dan juga penolong pegawai kawalan udara gred A29 yang akan dilakukan secara serentak pada 3 Oktober 2017 yang tidak lama lagi.

dca.png

Adakah anda sebahagian daripada calon yang terpilih untuk menduduki Peperiksaan Online Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41 dan A29? Jika jawapan dari anda adalah “Ya”, anda sudah pun mendapat peluang dan kini kami memberi lagi peluang untuk anda lulus bagi jawatan ini.
Mengikut hebahan daripada SPA, Peperiksaan Online Pegawai Trafik Udara Gred A41 adalah :-

Tarikh Peperiksaan : 03 OKTOBER 2017 (SELASA)
Seksyen A : 08:00 PM – 08:40 PM
Seksyen B : 08:55 PM – 09:40 PM
Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk calon-calon bersiap sedia untuk mendapati Peperiksaan Online ini. Ramai yang takut tanpa sebarang persediaan yang lengkap dan ramai juga yang telah pun tersenyum lebar kerana telah pun bersedia dari awal lagi kerana mereka lebih bijak untuk mempersiapkan mental dan fizikal mereka untuk menghadapi Peperiksaan Online ini.
Sebelum itu, sebaiknya kita mengetahui dahulu sedikit sebanyak mengenai jawatan Pegawai Trafik Udara Gred A41 ini untuk memberi semangat kepada calon semua.

Ringkasan Tugas Pegawai Kawalan Trafik Udara A41


Contoh Soalan Exam Pegawai Trafik Kawalan

Bertanggungjawab merangka dan melaksanakan tugas-tugas dan memberikan perkhidmatan trafik udara kepada pengguna-pengguna ruang udara Malaysia (FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu) mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta Penerbangan Awam Malaysia (MCAA 1969) dan Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 1996) agar sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan lancar.
Pegawai Kawalan Trafik Udara juga terbahagi kepada beberapa aspek yang mungkin salah satu daripadanya akan menjadi tugas hakiki calon yang berjaya memegang jawatan ini, adalah :-
Aspek Pengurusan Trafik Udara, Ibu Pejabat

a. Bertugas melaksanakan tugas-tugas dalam menyediakan dan memastikan penyediaan keperluan sistem dan peralatan komunikasi di ruang udara Malaysia bagi memberikan perkhidmatan trafik udara yang memuaskan.
b. Mengenal pasti dan memastikan penyediaan keperluan- keperluan untuk perkhidmatan trafik udara seperti sistem surveillance dan sistem kawalan trafik udara.
c. Merancang serta mengkoordinasikan kursus-kursus ATC dan NON-ATC bagi PKTU/ PPKTU dan Pembantu KTU.
d. Membuat penilaian terhadap perancangan sesuatu projek dan penyediaan dokumen kontrak.
e. Bertanggungjawab menguruskan ruang udara Malaysia termasuk perancangan jalan udara, klasifikasi dan 2 pembahagian ruang udara untuk latihan tentera udara dan pertunjukan udara.
f. Bertanggungjawab dalam menguruskan bil dan pengutipan bayaran ANFC.
g. Memantau Procedure Approach, RVA dan memastikan syarat-syarat galangan dipatuhi.
Aspek Kawal Selia Perkhidmatan Trafik Udara

a. Bertanggungjawab melaksanakan peperiksaan ATC di unit-unit operasi kawalan trafik udara dan peperiksaan akhir amali dan lisan kursus kawalan trafik udara di organisasi latihan kawalan trafik udara.
b. Bertanggungjawab melaksanakan Safety Oversight Audit ke atas pemberi perkhidmatan navigasi udara.
c. Bertanggungjawab memproses pengeluaran dan pembaharuan lesen kawalan trafik udara.
Pusat Kawalan Trafik Udara

a. Melaksanakan perkhidmatan kawalan trafik udara di dalam sektornya dengan memberi kebenaran, arahan, nasihat serta maklumat kepada pesawat-pesawat yang akan melakukan penerbangan atau sedang melakukan penerbangan dengan tujuan mengelakkan pelanggaran serta mengurangkan kelewatan pesawat-pesawat.
b. Memberikan kebenaran ATC Clearance dan SIDs kepada pesawat-pesawat yang ingin berlepas.
c. Memastikan semua kebenaran dan arahan telah dimasukkan ke data elektronik dan flight progress strip.
d. Menyampaikan maklumat kaji cuaca kepada pesawat- pesawat di dalam sektornya.
e. Membuat koordinasi bagi semua gerakan pesawat dengan pihak luar seperti negara-negara lain (Indonesia, Thailand, Singapura, India, Vietnam dan Filipina) dan agensi luar seperti pihak tentera. Koordinasi juga perlu dilakukan dengan unit-unit dalaman seperti dengan pihak lapangan terbang, Flow Officer dan Approach Radar.
f. Mengemas kini maklumat penerbangan dan cuaca Terminal Control Airspace.
Kawalan Trafik Udara (KLIA)

a. Bertanggungjawab memberikan perkhidmatan kawalan lalu lintas udara dengan bantuan Surface Movement Radar selaras dengan kehendak ICAO yang diterjemahkan dikuatkuasakan melalui CAA 1969 dan MCAR 1996, juga dokumen MATS Vol 1 dan 2 serta maklumat penerbangan dan perkhidmatan alerting serta penyediaan laporan.
b. Bertanggungjawab membuat pengawasan rapi dan memberi servis kawalan trafik udara kepada pesawat di taxiway ke landasan.
c. Bertanggungjawab untuk mengawal dan mengatur semua pergerakan pesawat dan kenderaan supaya mengikut peraturan yang ditetapkan.
d. Memastikan semua peralatan ATC di bawah kawalannya seperti Data Prosessing Surveillance Display (DPSD), Flight Data Processing System (FDPS), Voice Switching Communication System (VSCS) dan Airfield Ground Lighting (AGL) berada dalam keadaan yang baik setiap masa.
e. Mengemas kini Automated Terminal Information system (ATIS).
Pengurusan Lapangan Terbang

dn_01_big.jpg
a. Bertanggungjawab memastikan keberkesanan perkhidmatan trafik udara di lapangan terbang.
b. Bertanggungjawab di dalam urusan-urusan pentadbiran dengan mematuhi segala arahan dan peraturan kerajaan.
c. Membuat kajian awal terhadap kejadian kemalangan udara, insiden atau kes-kes melanggar peraturan kawalan trafik udara di lapangan terbang.
d. Mengawasi projek-projek pembangunan perkhidmatan trafik udara.
e. Merancang, menilai dan menyediakan anggaran belanjawan mengurus tahunan.
f. Mengekalkan hubungan yang baik dengan Local Operator dan organisasi-organisasi yang berkaitan agar membolehkan mereka memahami peraturan-peraturan ATC dan lain-lain peraturan operasi.
Menara Kawalan Di Lapangan Terbang

a. Menyelia perlaksanaan perkhidmatan Aerodrome dan Surface Movement Control pada keseluruhan pesawat- pesawat yang keluar masuk ke lapangan terbang berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan.
b. Memastikan segala rekod-rekod AIP, peta, carta dan lainlain alat rujuk dikemas kini.
c. Memastikan peraturan-peraturan berjaga-jaga dan kecemasan dijalankan dengan sempurna dan pihak-pihak yang berkenaan diberitahu semasa kecemasan atau semasa mencari dan menyelamat (SAR) serta memberi bantuan berkaitan di mana perlu.
Akademi Penerbangan Awam Malaysia (MAVA)

a. Mengajar kursus-kursus yang ditawarkan iaitu:
i. Kursus Asas ATC.
ii. Kursus Aerodrome.
iii. Kursus Procedural ATC.
iv. Kursus Surveillance ATC.
v. Kursus Search and Rescue (SAR).
vi. Kursus-kursus Non-ATC.
b. Membantu dalam merangka dan membangunkan kurikulum untuk kursus-kursus sedia ada ataupun kursus baharu.
Ini adalah sebahagian daripada aspek yang akan menjadi tugas hakiki calon yang berjaya mendapat jawatan Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.
Tetapi bakal calon semua harus berhati-hati kerana hari ini semua orang mempunyai peluang yang sama rata sahaja dengan kesemua maklumat yang berkaitan boleh di dapati hanya di hujung jari sahaja. Tanpa panduan dan rujukan yang tepat pasti akan membuat calon kecewa selepas Peperiksaan Online ini.
Dibawah pula adalah format peperiksaan yang bakal di hadapi oleh semua calon yang menduduki Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41.


Panduan Umum Exam Pegawai Kawalan Trafik udara A41



Panduan Exam Pegawai Trafik Kawalan
Ujian khas ini mengandungi dua (2) Bahagian iaitu :
      Bahagian I - Ujian Psikologi
Bahagian II - Kecenderungan
BAHAGIAN I
Sahsiah
BAHAGIAN II
Seksyen A - Pengetahuan AM
Seksyen B - Daya Menyelesaikan Masalah / Mathematics and Problem Solving
Seksyen C - Kefahaman Bahasa Inggeris
Peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41 dan A29 dengan cemerlang? Adakan anda ingin mengetahu apakah format-format, contoh-contoh soalan serta bagaimana untuk menjawab soalan-soalan berikut semasa peperiksaan berlangung nanti?
Usah buang masa anda lagi untuk mencari jalan penyelesaiannya sekiranya anda belum menjumpainya lagi. Masa amat suntuk dan anda perlu bertindak sekarang. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Rujukan Lengkap Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41 / A2 SEKARANG!.
BAHAGIAN I
Mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa : 20 minit
Soalan : 94 (aneka pilihan)
BAHAGIAN II
SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM
Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan.
Calon dikehendaki mengetahui secara umum hal-hal yang berkaitan dengan bidang air safety, teknologi maklumat dan komunikasi, serta lain-lain perkembangan semasa.
Masa : 40 minit
Soalan : 50 soalan aneka pilihan
CONTOH SOALAN :
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai
A. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C. Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D. Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim
SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH / MATHEMATICS AND PROBLEM SOLVING
Ujian ini mengandungi 40 soalan berbentuk aneka pilihan.
Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan daya menyelesaikan masalah, kecekapan memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan simbol abstrak. Seksyen ini akan diuji di dalam Bahasa Inggeris.
Masa : 45 minit
Soalan : 40 soalan aneka pilihan
CONTOH SOALAN :
If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?
A 4
B 8
C 48
D 644
SEKSYEN C – KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Aspek yang diukur ialah:
(i) Kemahiran memindahkan maklumat;
(ii) Kefahaman
(iii) Kemahiran tatabahasa dan kosa kata
Masa : 30 minit
Soalan : 25 soalan aneka pilihan
CONTOH SOALAN :
Choose the statement that best explains the sign.
A Please remove your shoes before entering.
B Please leave your belongings at the security before entering.
C You are not allowed to shop here.
D You are not permitted to smoke here.
NOTA :
Hanya calon yang LULUS Bahagian I dan II (Bertulis) akan dipanggil menduduki Bahagian III (Ujian Lisan).
BAHAGIAN III (PUSAT PENILAIAN KOMPETENSI)
ORAL COMMUNICATION (APPTITUDE TEST)
Ujian ini bertujuan untuk menguji kebolehan seseorang calon untuk membaca dan memahami maksud perkataan dan idea yang berkaitan dengannya.
Ujian ini mengandungi 3 seksyen iaitu:
i. Seksyen A
ii. Seksyen B
iii. Seksyen C
Ketiga-tiga seksyen adalah berkenaan dengan perhubungan lisan (Oral Communication). Ianya juga adalah untuk menguji kebolehan seseorang calon bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar dan fasih. Ini adalah untuk memastikan bahawa calon-calon mempunyai suara yang terang dan tegas supaya juruterbang dapat memahami arahan-arahan dengan jelas.

Panduan Lengkap Skema dan Soalan Exam Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41/A29


Rujukan Lengkap Exam Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41/A29

Pelbagai rujukan yang boleh didapati untuk lulus peperiksaan ini. Malah, pelbagai tip untuk lulus peperiksaan dan contoh soalan ada disediakan. Calon hanya perlu kaji atau baca sahaja rujukan yang diberikan untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan  Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Trafik Kawalan Udara A29

Pakej ini mengandungi Contoh soalan Peperiksaan Online Pegawai Kawalan Trafik Udara dan Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara, tip-tip dan panduan untuk anda menjawab soalan ini secara online dengan lengkap sekali.

exam-pegawai-eksekutif-lhdn-20-sept-2017.jpg

 

Dapatkan segera Panduan Lengkap ini sekarang!! Tekan link www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)

Oleh itu, calon bolehlah membuat persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Panduan yang diberikan sememangnya berkaitan dengan topik peperiksaan yang berkemungkinan akan keluar dalam exam tersebut.

Jangan risau, skema dan cara menjawab soalan yang bakal keluar nanti juga akan ditunjukkan agar anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan Pegawai Trafik Kawalan  Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Trafik Kawalan Udara A29. Dalam rujukan ini juga ada diselitkan tugas-tugas seorang Pegawai Trafik Kawalan  Udara Gred A41 dan Penolong Pegawai Trafik Kawalan Udara A29 agar anda tahu akan tugas kerja yang bakal anda galak nanti.


Testimoni Pelajar Yang Prof Hariz Bantu Untuk Lulus Exam Online Pegawai Kawalan Trafik Udara Gred A41/ A29


Beribu-ribu calon telah berjaya menghadapi peperiksaan online setelah mendapatkan rujukan lengkap dan contoh yang diberikan sebelum menduduki peperiksaan. Sekiranya anda berusaha dan mengikut panduan yang betul, sudah pastinya kejayaan milik anda.

 

Panduan-Rujukan-Lengkap-Peperiksaan-Online.jpg


Bukan mudah nak masuk kerja kerajaan jika tiada persediaan memang tipis juga harapan untuk diterima. Jangan risau kerana ada panduan yang lengkap untuk anda jadikan rujukan menduduki temuduga nanti. Semoga Berjaya!


TEKAN LINK www.profhariz.com/tipspktu (012-5336713) ini UNTUK TERUS KE WHATSAPP SEKARANG ! atau boleh terus ke https://t.me/pegawaitrafikkawalanudara (Channel Telegram)

More aboutRujukan Lengkap Exam Pegawai Trafik Kawalan Udara Gred A41/A29

Soalan Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN

Posted by Hariz on Sunday, September 17, 2017

Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN ? Tahniah diucapkan sekiranya anda merupakan salah seorang daripada calon yang bakal menduduki peperiksaan online Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)  Gred 41. Memandangkan tarikh peperiksaan semakin hampir, tentunya anda sedikit sebanyak ada mengharapkan supaya hadirnya bantuan saat akhir yang boleh anda dapatkan terutamanya bagi membuat ulangkaji atau persediaan menduduki peperiksaan ini.
Suka untuk saya ingatkan bahawa format peperiksaan kali ini agak berbeza daripada peperiksaan lepas. Dengan adanya kewujudan satu seksyen baru dalam format terkini peperiksaan ini, pastinya keupayaan calon akan diduga hebat bagi memastikan hanya yang benar-benar bersedia sahaja berpeluang untuk lulus. Sekiranya anda di sini untuk memanfaatkan masa yang ada bagi membuat persediaan akhir sebelum peperiksaan, tahniah diucapkan kerana anda memang sedang berada di halaman yang sepatutnya!

Kategori Soalan-Soalan Yang Bakal Ditanya Dalam Peperiksaan Online Pegawai Eksekutif LHDN

Dalam peperiksaan kali ini, terdapat beberapa pecahan bahagian soalan yang bakal diajukan kepada para calon. Berikut merupakan penerangan kepada beberapa bahagian berbeza dalam soalan peperiksaan yang bakal anda hadapi, beserta dengan contoh-contoh soalan yang bakal ditanya serta cara-cara bagaimana anda boleh menjawabnya dengan tepat :

Seksyen A : Pengetahuan Am
Tempoh masa : 40 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.00pm
Masa peperiksaan tamat : 8.40pm

Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah
Tempoh masa : 50 minit
Masa peperiksaan bermula : 8.55pm
Masa peperiksaan tamat : 9.45pm

Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (Seksyen terbaru bagi sesi peperiksaan tahun 2017)
Tempoh masa : 20 minit
Masa peperiksaan bermula : 10.00pm
Masa peperiksaan tamat : 10.20pm

Pastikan anda bersedia dengan setiap turutan kategori yang bakal anda hadapi semasa peperiksaan berlangsung nanti. Sekarang mari kita lihat dengan lebih mendalam tentang format soalan, bentuk soalan dan cara menjawab yang tepat bagi setiap seksyen tersebut. Adalah sangat elok sekiranya anda betul-betul memahami setiap penerangan di bawah supaya tidak timbul perasaan gementar atau kurang keyakinan semasa menjawab peperiksaan nanti.

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen A : Pengetahuan Am

Bagi Seksyen A peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN, calon-calon akan diduga dengan bentuk soalan berupa pengetahuan am terhadap negara Malaysia. Soalan-soalan yang bakal diajukan bukan sahaja dalam skala am, malah soalan rumit yang terperinci juga akan akan anda hadapi, selain daripada soalan yang berkisar kepada perihal keadaan sekeliling anda. Format soalan bagi Seksyen A : Pengetahuan Am bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN terdiri dalam bentuk soalan objektif atau multiple choice questions di mana anda akan mempunyai aneka pilihan jawapan dan keupayaan anda akan diuji apabila anda harus bijak memilih jawapan yang paling tepat, sama ada pilihan jawapan A, B, C atau D.

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen A : Pengetahuan Am bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :

1. Cukai kepenggunaan semasa adalah:

i. Cukai jualan
ii. Cukai pintu
iii. Cukai tanah
iv. Cukai perkhidmatan

A. i dan ii
B. i dan iv
C. ii dan iii
D. iii dan iv

(jawapannya adalah B. i dan iv)

2. Cukai Jualan diperkenalkan pada

A. 3 Mac 1985
B. 31 Ogos 1963
C. 1 April 2015
D. 29 Februari 1972

(jawapannya ialah: D. 29 Februari 1972)

3. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) merupakan agensi di bawah kementerian mana?

A. Kementerian Kewangan
B. Kementerian Dalam Negeri
C. Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri
D. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan

(jawapannya ialah: A. Kementerian Kewangan)

4. Apakah tujuan utama LHDN ditubuhkan?

A. Menanam tabiat berjimat cermat dan menyimpan
B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara
C. Mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Wang Tak Dituntut 1965
D. Pemungut hasil negara, memberi fasilitasi perdagangan dan penguatkuasaan undang-undang

(jawapannya ialah: B. Memungut dan mentadbir cukai langsung negara)

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B dalam peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN akan menguji anda dalam aspek memahami permasalahan yang dinyatakan serta seterusnya menduga kebolehan anda untuk menyelesaikan masalah tersebut. Soalan-soalan dalam seksyen kedua ini bertujuan untuk menguji kebolehan analitik para calon dan kemampuan menyelesaikan masalah terutama dalam kekangan masa yang singkat. Kebiasaanya soalan-soalan ini didatangkan dalam bentuk matematik dan juga soalan-soalan berasaskan logik. Seksyen ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kemampuan para calon berfikir secara kreatif dalam menganalisa permasalahan yang dihadapi seterusnya membuat keputusan yang paling tepat bersesuaian dengan kehendak soalan.

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen B : Daya Menyelesaikan Masalah bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :

1. Dalam sebuah jabatan yang menpunyai 1,500 orang pekerja, 20 orang pekerja tidak hadir bekerja setiap hari. Kebarangkalian pekerja tidak hadir di Jabatan itu setip hari ialah

A. 1.33 %
B. 2.67 %
C. 4.00 %
D. 5.33 %

(jawapannya ialah: A. 1.33%)

2. Susun kembali huruf-huruf di bawah sehingga menjadi perkataan yang mempunyai makna dan pilih kumpulan bagi perkataan tersebut.

MASALAHH

A. Minuman
B. Makanan
C. Bandar
D. Kenderaan

(jawapannya ialah: C. Bandar, kerana MASALAHH sekiranya disusun semula akan jadi SHAH ALAM)

3. Pilih nombor yang terawal daalam susunan di bawah

18   27   36   45   54   63

A. 7
B. 8
C. 9
D. 10
(jawapannya adalah C. 9, kerana nombor-nombor tersebut adalah nombor gandaan 9)

Contoh Soalan Peperiksaan Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Kebiasaannya didatangkan dalam bentuk subjektif, Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan seksyen yang akan menguji sejauh mana kebolehan calon untuk memahami situasi yang diberikan dalam kedua-dua bahasa ini. Berdasarkan satu teks yang diberikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, calon akan diajukan soalan-soalan berkisarkan teks tersebut. Di sini, calon hendaklah berupaya memahami konteks teks yang diberikan bagi membolehkan calon menjawab soalan dengan tepat. Berikut merupakan contoh soalan dalam Bahasa Inggeris :

Contoh-contoh soalan dalam Seksyen C : Kefahaman Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN adalah seperti yang tertera di bawah :

  1. In your opinion, why do you think that there are individuals in Malaysia do not own a house?
  2. The price of properties in Malaysia is continually growing year by year. What would you do if you have yet to purchase any property or have not owned a property?
  3. What is the highest Base Lending Rate (BLR) ever recorded?
  4. What are the drawbacks or liabilities that you will encounter if you are buying a house?
  5. If you were to buy a house, what sort of house would you prefer as a start, and why?
Kenapa anda wajib lulus peperiksaan online Pegawai Eksekutif LHDN?

Sudah tentu anda menduduki peperiksaan dengan niat untuk lulus dengan cemerlang bukan? Sekiranya anda lulus peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 ini, anda bukan sahaja akan mendapat kenaikan pangkat dan menduduki tangga gaji yang baharu, malah anda juga akan menerima pengiktirafan sebagai Pegawai Eksekutif, di mana jawatan ini bukan sebarangan orang yang mampu mencapainya lebih-lebih lagi di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Kejayaan anda dalam peperiksaan ini bukan sahaja bakal menjadi penentu rezeki anda dari segi gaji dan elaun yang lebih mantap, tetapi ia juga menjanjikan anda cabaran kerja yang lebih mendalam serta peluang untuk berkhidmat dengan lebih baik bagi kerajaan Malaysia.
Kenapa anda perlu bekerja dengan Kerajaan Malaysia?

Ini merupakan persoalan lazim yang banyak menghantui minda para penjawat tidak kira awam mahupun swasta. Mengapa perlunya saya berkhidmat dengan kerajaan Malaysia? Adakah tidak cukup apa yang saya perolehi di sektor swasta? Kelebihan apakah yang perlu saya bandingkan antara berkhidmat dalam sektor kerajaan dan swasta? Sebenarnya, ramai yang memikirkan bahawa dengan jawatan yang sama di kedua-dua sektor ini, mereka mampu mendapat lebih pendapatan sekiranya berkhidmat dalam sektor swasta kerana gaji yang ditawarkan mungkin lebih tinggi. Walau bagaimanapun, tidak semua tahu dengan mendalam tentang kelebihan berkhidmat dalam sektor awam dan tidak ramai juga yang sedar tentang betapa banyaknya peluang pekerjaan dalam sektor kerajaan di negara kita.

Tahukah anda bahawa kita mempunyai lebih daripada 20 kementerian dalam negara Malaysia, dan kiraan ini belum lagi meliputi sektor badan-badan beruniform seperti polis, tentera dan pertahanan awam. Berbanding sektor awam, memang menjadi kebiasaan bagi sektor swasta dengan menawarkan gaji permulaan yang sedikit tinggi tetapi dari segi kemudahan perubatan yang ditawarkan, pekerja sektor swasta hanya mendapat kemudahan ini bagi diri sendiri sahaja dan ianya mempunyai had tahunan. Begitu juga dengan elaun dan gratuiti di mana tidak semua sektor swasta akan memberikan kelebihan ini kepada pekerja mereka. Kenaikan pangkat juga tidak semudah yang diharapkan bagi pekerja sektor swasta berbanding di sektor kerajaan. Sektor swasta bertindak menggantikan kelebihan-kelebihan ini dengan memberikan gaji permulaan yang lebih tinggi. Jadi, apakah kelebihannya sekiranya anda bekerja dalam sektor kerajaan di negara ini?

Kelebihan berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia

Terdapat beberapa kelebihan atau faedah-faedah tertentu yang bakal anda nikmati sekiranya berkhidmat sebagai staf kerajaan Malaysia :

Elaun rumah - sebagai penjawat awam, anda akan menerima elaun rumah setiap bulan bagi membantu meringankan beban membayar ansuran perumahan atau pun sewa rumah kediaman yang anda duduki

Elaun sara hidup atau COLA (Cost of Living Allowance) - sesuai dengan namanya, elaun ini dikhaskan bagi tujuan menyara kehidupan anda dan jumlah yang ditawarkan adalah berbeza mengikut tempat dan lokasi pekerjaan anda. Bertujuan untuk mengurangkan beban taraf hidup, sesetengah kawasan menawarkan elaun COLA yang tinggi bergantung kepada kawasan tempat kerja anda.

Kenaikan gaji secara konsisten - berbanding sektor kerajaan, sekiranya anda berkerja dalam sektor swasta kenaikan gaji anda bergantung kepada keadaan ekonomi, kadar keuntungan yang dinikmati oleh syarikat atau pun berdasarkan penilaian prestasi kerja tahunan anda. Terdapat juga pekerja sektor swasta yang tidak pernah merasa nikmat kenaikan gaji. Akan tetapi, sekiranya anda berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, kenaikan gaji adalah secara konsisten setiap tahun bagi membantu anda menghadapi kos sara hidup yang berubah-ubah setiap tahun.

Faedah perubatan - sebagai penjawat awam, anda akan menikmati kemudahan perubatan percuma di semua klinik dan hospital kerajaan. Kemudahan ini bukan sahaja untuk anda seorang tetapi ia juga merangkumi pasangan anda sekiranya anda telah berkahwin, anak-anak anda sekiranya anda telah berkahwin dan mempunyai cahaya mata, dan juga untuk ibu bapa kandung anda. Bagi pekerja sektor swasta, faedah perubatan hanyalah untuk diri sendiri, mempunyai had dari segi peruntukan tahunan (RM) untuk kos rawatan serta kadangkala turut memerlukan pekerja membayar sendiri kos perubatan dan seterusnya membuat tuntutan di kemudian hari.

Simpanan hari tua - penjawat awam mempunyai pilihan sama ada untuk menerima pencen atau menyimpan dalam KWSP. Kebanyakan memilih pencen kerana ia berfungsi sebagai jaminan sumber pendapatan setelah bersara kelak.

Kemudahan pinjaman - penjawat awam diberi kemudahan untuk meminjam wang di bawah kerajaan Malaysia terutamanya bagi pembelian kereta dan rumah. Kelebihan ini merupakan sesuatu yang tidak mudah untuk didapati sekiranya berkhidmat dalam sektor swasta.

Selain itu, banyak lagi kemudahan yang boleh anda dapati sekiranya berkhidmat dalam sektor awam. Antaranya ialah bonus, peluang melanjutkan pengajian, peluang kenaikan pangkat dan banyak lagi yang tidak senang untuk anda perolehi dalam sektor swasta. Selain itu, berkhidmat dalam sektor awam juga boleh memupuk semangat bangga dan cintakan negara kerana tentunya anda ingin memberi yang terbaik buat Malaysia.

Kelebihan Berkhidmat sebagai Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

LHDN bertindak sebagai salah satu lembaga terpenting di bawah Kementerian Kewangan Malaysia. Fungsi utama LHDN adalah sebagai agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara.  LHDN merupakan ejen kerajaan yang berkhidmat dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan segala cukai lain yang dipersetujui oleh Kerajaan Malaysia. Oleh yang demikian, LHDN amat memerlukan barisan penjawat yang berdisiplin dan amanah dalam menjalankan tugas agar misi dan objektifnya tercapai selaras dengan visi LHDN sebagai Pentadbir Cukai Terunggul Yang Menyumbang Kepada Pembangunan Negara.

Dapatkan Panduan Rujukan Dan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41

Sebagai calon peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41, tentunya anda berazam untuk membuat persediaan terperinci dan menyeluruh sebelum tibanya hari peperiksaan. Adakah anda bersedia untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang format-format, contoh soalan serta tips menjawab peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 dengan betul?


Jangan lepaskan peluang akhir untuk anda dapatkan Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDN Gred 41 sekarang! Inilah jalan penyelesaian paling padat dan mudah yang sedang menanti anda, tunggu apa lagi? Rebut peluang ini sementara masa masih menyebelahi anda!
More aboutSoalan Exam Online Pegawai Eksekutif LHDN